Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Perkasa marah Namewee kebal undang-undang

October 8, 2011

"Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan," kata Nurul Izham Anuar.

PETALING JAYA: Naib Ketua Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar menggelar kerajaan sebagai `serigala hilang taring’ kerana takut bertindak ke atas Namewee yang kini menjadi pengarah filem Nasi Lemak 2.0.

“Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan,” katanya.

Menurutnya, pandangan beliau itu bukan kerana Namewe seorang yang berketurunan Cina.

Beliau bertanya adakah Namewee dihukum atas kesalahannya mempersendakan  lagu Negaraku dan azan?

“Jawabannya tidak. Namewee terus kebal, tiada tindakan diambil ke atas penghinan Negaraku sehingga kini.

“Mengapa dia begitu kebal,? tanya Nurul.

Namewee pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila menyanyikan lagu Negarakuku ketika belajar di Taiwan.

Contoh buruk

Beliau berkata, pendirian Wira Perkasa mengenai perkara itu adalah jelas dan konsisten.

Katanya, Namewee adalah contoh yang buruk untuk diikuti oleh generasi baru dan kerajaan tidak seharusnya membiarkannya mempersendakan kerajaan dan rakyat.

Menuurtnya, Wira Perkasa sangat khuatir apa yang dilakukan Namewee iaitu dengan hanya memohon maaf maka sesuatu itu boleh dianggap selesai.

Nurul juga mendakwa, Namewee mendapat perhatian istimewa kerajaan dalam pelbagai isu.

“Apa yang hebatnya lelaki ini diberikan perhatian begitu? Kita juga tidak ralat sekiranya ramai lagi Namewee bakal lahir selepas ini,” tambahnya


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments