Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ayuh bangkit semua peneroka!

 | October 16, 2011

Hanya orang gila yang menjual hasil pertanian dengan menghadkan sendiri had maksimum kualiti barangnya supaya boleh dijual murah, tegas penyelaras SAMM.

PETALING JAYA: Sebuah NGO yang mewakili anak-anak muda menyeru semua peneroka supaya bangkit menuntut hak mereka yang diselewengkan oleh pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sejak bertahun-tahun lamannya.

“Ya memang, tidak perlu lagi mengupas isu penipuan penyelewengan dana dalam Felda tetapi cukup dengan pergi melihat sendiri perkara asas di mana peneroka ditipu berpuluh tahun.

“Walaupun beberapa kes yang dibawa ke mahkamah telah membuktikan Felda bersalah menipu tetapi ramai yang masih tertanya-tanya adakah benar agensi sebesar Felda sanggup menipu peneroka yang 99% berbangsa Melayu.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM – segmentasi anak muda Felda dan luar bandar), Azlan Ishak berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau membuat dakwaan ini dengan mempamerkan resit penjualan sawit yang biasa digunakan di seluruh negara apabila peneroka menjual sawit ke kilang Felda dan perkara ini berlaku seluruh negara.

Ujar Azlan, “jelas kelihatan salinan yang diberikan peneroka tidak ada nota penipuan manakala dua resit yang disimpan Felda jelas terdapat nota berbunyi: “Penjual mengakui nilai mutu BTS dibawah KPG 18%, Penjualan BTS ini adalah di atas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar.”

Nota penipuan

Beliau menegaskan nota ini merupakan nota penipuan Felda.

“Jelas Felda cuba menipu dengan sengaja kerana tulisan tersebut tidak ditunjukkan kepada peneroka. Hanya resit simpanan Felda tertera nota tersebut. Hanya orang gila yang menjual hasil pertanian dengan menghadkan sendiri had maksimum kualiti barangnya supaya boleh dijual murah,” tegas Azlan.

Menurut beliau, kes seperti ini telah berlaku dalam kes klasik peneroka Kemahang sawan Felda. Peneroka telah ‘mencuri’ sawit di ladang sendiri dan menjual di pusat pengumpulan Felcra, sebuah lagi agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan dan pemulihan tanah persekutuan.

“Perlu dipertegaskan Felcra di situ tiada kilang sawit hanya mengumpul sawit dan jual semula ke kilang Felda untuk proses. Di Pusat pengumpulan Felda nilai KPG sawit diiktiraf sebagai 20-25% yang sama yang Felda ambil dengan KPG 15-18%. Kes ini dibawa ke Mahkamah dan peneroka menang jutaan ringgit hasil keberanian mereka,” katanya.

Katanya lagi, “walaupun kes seperti ini telah dibawa ke mahkamah dan jelas mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka kerana Felda jelas menipu tetapi kegiatan ini tetap berterusan.

Bayangkan dalam berpuluh tahun berapa billion sudah Felda menipu wang peneroka.

“Itu belum masuk lagi kerakusan Pengerusi Felda yang baru ini dalam hal menguasai koperasi dan seumpamanya. Umno terus membodohkan orang Melayu di Felda kerana mereka tidak mahu semua ini terbongkar.

Tegas beliau, “ayuh bangkit semua peneroka! Umno tidak sedar diri jika tanpa peneroka Felda, Umno sudah hilang kerajaan ini dalam proses pengundian lepas.

“Malangnya kita terus ditipu. Kepada anak-anak peneroka Felda dalam angin pilihan raya yang kuat ini jengoklah keluarga di penempatan Felda dan terangkan kepada mereka mengenai bagaimana Felda ini menipu peneroka,” ujar beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments