Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

GMP gesa kerajaan bertindak ke atas pihak yang mahu semula PPSMI

 | October 27, 2011

Setiausaha GMP, Hasni Abas berkata kerajaan perlu memperkasakan Bahasa Melayu dan bukannya mewujudkan pilihan dcengan membuka ruang ke atas PPSMI.

PETALING JAYA: Gerakan Memansuhkan (PPSMI) atau GMP menggesa  kerajaan bertindak tegas ke atas sebarang desakan untuk mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah.

Setiausaha GMP Hasni Abas berkata kerajaan perlu memperkasakan Bahasa Melayu dan bukannya mewujudkan pilihan dengan membuka ruang ke atas PPSMI.

“Kerajaan perlu tegas. Setakat ini yang tegas mengenai hal ini Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran…Perdana Menteri kata masih dalam pertimbangan. Kita perlu tekankan pembelajaran dalam bahasa ibunda. Jika ada segelintir pihak yang mahu anak mereka belajar dalam Bahasa Inggeris boleh hantar ke sekolah swasta.

“Ada satu kumpulan PAGE dan JMM yang mahu PPSMI dilaksanakan di sekolah semula.Jika perkara sebegini berlaku dan wujud dua pilihan maka ia beri implikasi wujudnya dua bahasa pengantar,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sebelum ini Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa agar diberikan autonomi kepada sekolah untuk memilih PPSMI berdasarkan kajian mereka yang mendakwa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula.

Namun menurut beliau,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.

Hasni berkata negara maju seperti Jerman, Rusia dan Perancis tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

“PAGE dan JMM lihat rujukan negara-negara maju seperti Perancis, Russia, Jerman yang mempunyai teknologi bagus tapi masih mengamalkan penggunaan bahasa ibunda dalam pembelajaran ilmu mereka. Tiada masalah jika masyarakat hendak menterjemahkan Bahasa Melayu, sekiranya bahasa ibunda kita ini terus dikekalkan sebagai bahasa ilmu,” ujar beliau.

Sementara itu, menurut beliau satu memorandum yang mengandungi empat resolusi menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada 29 Oktober ini sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments