Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kemelut PPSMI bukti kerajaan sangat lemah

 | November 1, 2011

"...sehingga sebuah badan NGO boleh membuat ugutan kepada kerajaan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PETALING JAYA: Kemelut Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi bukti kecelaruan perancangan kerajaan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, kemelut PPSMI adalah ujian yang sedang diperhatikan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.

“……sehingga sebuah badan NGO boleh membuat ugutan kepada kerajaan,” katanya hari ini.

NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik.

Kata Tuan Ibrahim, dalam kes PPSMI, PAS melihat isu ini berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN.

Dasar tanpa kajian

“Rakyat melihat apabila bertukar seorang Menteri Pelajaran maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

“Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan BN yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun.

“Ini menyebabkan negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara,” tambahnya.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Namun, rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments