Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Jangan terpengaruh fitnah menjelang pilihan raya

November 13, 2011

Terbaharu pihak-pihak berkenaan membuat tuduhan dengan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang pulang awal selepas selesai mengerjakan wukuf di Arafah sebagai tidak sah dan gagal mengerjakan haji.

BESUT: Rakyat diingatkan agar berwaspada supaya tidak terjerat dengan fitnah yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang ingin meraih simpati untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 dan seterusnya memerintah negara.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pihak yang ingin memenangi pilihan raya kini semakin terdesak hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, terbaharu pihak-pihak berkenaan membuat tuduhan dengan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang pulang awal selepas selesai mengerjakan wukuf di Arafah sebagai tidak sah dan gagal mengerjakan haji.

“Ini satu fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh mereka yang jahil dalam mendalami ilmu-ilmu mengerjakan haji semata-mata untuk menimbulkan pandangan serong masyarakat terhadap pemimpin negara,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Lay Out Padang Luas Dalam dekat Jerteh di sini.

Dr Abdullah yang juga Anggota Parlimen Besut berharap rakyat tidak lalai dengan cerita-cerita tidak berasas di bawa pihak berkenaan selain menilai sendiri usaha yang dilakukan pemimpin yang ada kini dalam memakmurkan negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 12 buah basikal kepada anak-anak penduduk di kawasan berkenaan melalui peruntukan ‘Program Pemimpin Bertanya Khabar Orang Kampung’ yang disalurkan khas untuk mereka yang memerlukan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments