Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

MB: Jana untung untuk PKNS

 | November 15, 2011

Apabila PKNS dapat untung, ia boleh disalurkan untuk pembangunan rumah mampu milik dan kos rendah yang diperlukan rakyat Selangor.

DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Cadangan pembinaan pangsapuri dan kompleks perniagaan di atas tanah Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya dekat sini merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu memberi keuntungan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia merupakan langkah awal untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini.

“Salah satu perkara mengapa permohonan dibuat ialah dalam perancangan pelan struktur Kelana Jaya, kawasan Kompleks Sukan PKNS dimasukkan projek dalam kawasan komersial dan nilai tanah itu, kalau tidak dibuat pembangunan komersial, sudah tentu kita tidak dapat nilai terbaik.

“Jika dibuat mengikut perancangan, PKNS dapat untung dan ia boleh disalurkan untuk pembangunan rumah mampu milik dan kos  rendah yang diperlukan oleh masyarakat di seluruh negeri Selangor,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di Bangunan Annex di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) berhubung bantahan penduduk setempat terhadap pembangunan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat di atas tanah Kompleks Sukan PKNS itu.

Niz Nazmi yang ditemui pemberita di lobi Dun berkata, beliau mengetahui mengenai cadangan itu menerusi papan tanda Majlis  Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dipamerkan di kawasan berkenaan.

“PKNS perlu mengadakan sesi pendengaran awam mengenai cadangan ini bagi mengelak dari timbulnya banyak lagi salah faham dengan penduduk setempat.

“Permohonan pertama PKNS untuk projek perumahan di kawasan ini ditolak oleh MBPJ minggu lalu dan permohonan baru sedang diusahakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan membantah cadangan pembinaan pangsapuri dan kompleks perniagaan di atas tanah Kompleks Sukan PKNS itu.

Penduduk berkata pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu akan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.

Turut baca:

Ronnie berdolak dalih isu pusat hiburan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments