Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Khir Toyo: Fail kes di mahkamah

 | November 16, 2011

Khir berkata jika dakwaan Tulang Besi adalah benar, mahkamah boleh mengisytiharkan pilihan raya sebagai tidak sah.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo menasihatkan blogger Tulang Besi agar memfailkan kes di mahkamah sekiranya Tulang Besi mempunyai bukti.

“Failkan kes di mahkamah kalau betul ada bukti. Jika benar terbukti mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa pilihan raya tidak sah.

“Jangan tuduh sembarangan,” kata Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan blogger pro-PAS, Tulang Besi yang berdoa agar Allah menghukum sesiapa saja dan agensi kerajaan mana sekalipun yang terlibat dalam usaha memanipulasi pilihan raya umum ke-13.

Antara lain Tulang Besi menamakan Umno, Barisan Nasional (BN), Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Imigresen dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tulang Besi menulis di dalam blog Malaysia Waves sedemikian kerana mendakwa menerima maklumat daripada sumber dalaman Umno bahawa Umno-BN pasti memanipulasi pilihan raya kerana Umno telah pun mendaftarkan seramai 200,000 rakyat Indonesia sebagai pengundi di Selangor.

Khir turut berkata bahawa meskipun berdoa adalah hak blogger tersebut, ia adalah tindakan kurang bijak kerana membawa masuk aspek agama ke dalam politik.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar secara sinis mahu Tulang Besi menyemak dengan SPR sebelum membuat dakwaan semata-mata.

“Suruh dia periksa dengan senarai 42,000 nama dalam senarai pemilih yang akan dipamerkan. Dia juga patut minta peruntukan negeri untuk buat bantahan terhadap senarai tersebut,” kata Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang merangkap Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor.

Lihat juga:

Send an army of angels to stop Umno

Blog Malaysia Waves


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments