Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Dedahkan nama penyewa kondo, NFC’

 | November 22, 2011

Jingga 13 mahu Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan nama penyewa unit kondominium yang menyewa pada harga RM70,000 sebulan

KUALA LUMPUR: NGO Jingga 13 hari ini mendesak pengerusi eksekutif NFC, Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan nama penyewa kondominium One Menerung.

Unit kondominium itu disewakan pada harga RM70, 000  sebulan.

“Siapa individu yang menyewa unit kondominium. Sila berikan (dedahkan) dokumen pembayaran kepada umum. Ini duit rakyat, ” kata ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa ketika ditemui media sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Laporan polis ini dibuat susulan dari laporan Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) Selangor 10 hari  lepas.

Fariz turut menjelaskan  SPRM telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) untuk siasatan lanjutan.

Selain itu Fariz memberitahu bahawa Jingga 13 mahu pihak polis menyiasat skandal ini berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Minggu lepas Jingga 13 turut mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana dikatakan turut bertanggungjawab dalam skandal ini.

Biaya umrah

Skandal NFC menjadi isu kontroversi berikutan pendedahan di dalam laporan Ketua Audit Negara.

Terbaru, PKR mendedahkan bahawa NFC membiayai kos perjalanan umrah pengarahnya, Salleh  dan anaknya, Wan Shahibur Azran.

Salleh ialah suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Jalil yang juga ketua Wanita Umno.

Salleh dipetik media sebagai berkata bahawa pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM 6.9 juta setiap satu adalah keputusan komersial untuk melindungi dana yang tidak digunakan untuk projek rumah sembelihan yang tergendala.

“Kami beri bukti baru. NFC tidak membeli satu tapi dua unit kondo berjumlah RM13.8 juta. Jumlah RM13.8 juta itu diseleweng oleh keluarga Shahrizat,” dakwa Fariz.

Fariz membuat laporan polis hari ini berbekalkan kenyataan Salleh sebagai bukti.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments