Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Dakwaan ejen Kristian, PKR, PAS kecam Ahmad Maslan

 | November 30, 2011

PKR mahu ketua penerangan Umno minta maaf kepada DAP.

PETALING JAYA: Dua parti politik gabungan Pakatan Rakyat – PAS dan PKR – marah dan kecewa dengan tuduhan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa DAP ejen Kristian.

Dengan lantang PKR meminta Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri  meminta maaf kepada DAP atas tuduhan yang tidak benar itu.

“Ahmad menghina Islam dan membuat kenyataan yang salah, perbuatan mencaci dan menghina bukan kelakuan orang Islam.

“Bertentangan dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pegangan orang Islam,” kata ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin hari ini.

Semalam Ahmad dilapurkan sebagai berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

‘Apa beza MCA dalam BN’

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja… mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian… dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad  semalam pada satu forum Umno sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan Ahmad itu menunjukkan kejahilan dan kedangkalan memahami politik negara.

Katanya, pemimpin Umno kena tunjuk bukti yang mengatakan DAP ejen Kristian.

Beliau menegaskan negara ini mempunyai perlembagaan yang mengawal negara.

“Apa masalahnya dengan orang Kristian? Apa bezanya MCA dalam BN,? tanya beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments