Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

SAMM: Hentikan politik ugutan!

 | December 10, 2011

Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur mereka.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cawangan Johor berikrar untuk menggerakkan semua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Muar esok, 11 Disember.

“Sehubungan itu, kami menyeru Umno-Barisan Nasional (BN) untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka.

“Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda,” tegas Ahmad Anwar Asyraf Ismail, penyelaras negeri SAMM Johor dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata langkah ini diambil bagi mengelak trajedi yang berlaku di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini berulang kembali.

“Ramai yang tidak lupa bagaimana Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis.

Oleh itu, SAMM Johor sekali lagi menyeru Umno Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum mereka.

Ujar beliau, “jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan.

“Begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa ‘terlepas pandang’ dalam menjalankan tugas,” katanya.

Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan polis oleh beberapa NGO dan Pemuda Umno Bahagian Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Mohamad @ Mat Sabu di Muar esok.

Ahmad Anwar menerangkan bahawa atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur.

“Namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain Umno-BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments