Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Syed Husin: Tamatkan DEB

 | December 12, 2011

Jika perdana menteri terus mengamalkan dasar liberalisasi dan sistem ekonomi pasaran secara meluas.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan supaya menamatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) beliau terus mengamalkan dasar liberalisasi dan sistem ekonomi pasaran secara meluas.

Ahli Dewan Negara Senator Syed Husin Ali berkata kerajaan sepatutnya campur tangan dan tidak terlalu bergantung kepada peranan pasaran untuk memastikan matlamat DEB sejak 40 tahun lalu tercapai.

“Najib nyata sekali berazam untuk menguatkan asas dasar liberalisasi dalam melaksanakan segala rancangan pembangunannya.

“Perlu diingat jika dasar liberalisasi diteruskan tanpa batas dengan tidak membenarkan peranan kerajaan, kerajaan akhirnya harus menamatkan DEB yang diaung-agungkannya itu,” katanya dalam ucapan membahas belanjawan di dewan negara.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, walaupun salah satu tujuan meluaskan dasar liberalisasi ialah untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), hakikatnya Malaysia tidak begitu berjaya jika dibandingkan negara lain.

Katanya, ini terbukti apabila Malaysia hanya memperoleh RM29 bilion keuntungan berbanding Vietnam RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, seperti yang dilaporkan dalam Financial Times Mei lalu.

“Saya bukan menentang usaha untuk menarik modal asing. Saya cuma hendak menegaskan dua perkara. Pertama, kita tidak boleh bergantung kepada modal asing sepenuhnya, bahkan mobilisasi modal tempatan hendaklah digalakkan juga.

Modal asing

“Keduanya, apabila kita menerima modal asing kita hendaklah jelas untuk tujuan atau matlamat apa ia digunakan.

Adakah lebih untuk menjana pekerjaan dengan gaji bepatutan di kalangan rakyat daripada memberi peluang pemodal asing mengaut keuntungan?

“Jika modal asing itu digunakan untuk membina rumah, adakah yang dibina itu hanya rumah-rumah mewah saja untuk untuk dijual kepda golongan atasan dan memaksimakan untung modal asing,” soal beliau.

Sementara itu, beliau meramalkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan mungkin tidak stabil dan tinggi risikonya jika kerajaan tidak
memperbaiki kelemahan struktur ekonomi dengan segera.

Katanya, keadaan itu boleh mengakibatkan pertumbuhan lebih perlahan serta pembuangan pekerja yang besar dan mendadak.

Pada masa yang sama, orang ramai terutama sekali golongan pekerja dibandar terus menghadapi tekanan yang timbul dari kos hidup meningkat sekaligus mengakibatkan kejatuhan pendapatan sebenar dan mengurangkan kuasa beli pengguna.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments