Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS Selangor yakin Hasan Ali kekal ahli

 | December 15, 2011

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Rani Osman juga menafikan Hasan digugurkan sebagai calon untuk pilihan umum akan datang.

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin exco kerajaan negeri , Datuk Hasan Ali akan terus kekal bersama PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Rani Osman juga menafikan Hasan digugurkan sebagai calon untuk pilihan umum akan datang.

Sambil menyifatkan laporan berhubung pengguguran itu hanya ‘mainan media’,  Abdul Rani menegaskan perkara tersebut masih belum muktamad.

“Melalui laporan Saari Sungib (Ketua Penerangan PAS Selangor) beliau juga menyatakan  laporan itu bukan muktamad. Senarai itu rahsia malah saya sendiri belum melihat laporan ini. Timbul kekeliruan kerana kita ingat pilihan raya akan diadakan pada bulan November…maka wujud hal-hal seperti ini.

“Kita tidak mengugurkan nama sesiapa. Malah sekarang kita masih buka ruang untuk PAS negeri menghantar nama calon. Segala keputusan terakhir akan dibuat oleh PAS Pusat.

“Saya diasak pelbagai pertanyaan mengenai Hasan Ali ini, tapi saya yakin beliau akan kekal di dalam PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.
Abdul Rani turut menepis dakwaan segelintir pihak kononnya wujud gerakan dalam PAS bersama DAP untuk mengekang Hasan dalam parti Islam itu.

Saari enggan ulas

Beliau mencabar pihak terbabit untuk tampil memberikan bukti berhubung dakwaan tersebut.

“Ada yang kata konon dalam PAS ada orang bekerja untuk DAP untuk sekat Hasan daripada terus aktif dalam parti itu. Sila tampil ke depan siapa orang berkenaan yang dimaksudkan? Cakap siapa?,” desak beliau.

Sementara itu, Saari  ketika dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Dengan nada kesal beliau berkata “saya tidak mahu panjangkan cerita. Saya enggan ulas apa-apa setakat ini.

Semalam Bernama melaporkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penguguran Hasan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak benar.

Menurut Tuan Ibrahim, sebarang kenyataan sebelum ini terhadap Hasan adalah pandangan peribadi pihak tertentu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments