Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Nasha: Tiada niat nak masuk Umno

 | December 21, 2011

Dakwaan Datuk Mustafa Ali itu adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.

PETALING: Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bertegas dirinya tidak akan menyertai Umno sekaligus menafikan dakwaan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bahawa dirinya terperangkap dalan agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Pendirian sama ini dibuat sehari selepas kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menganggap Mustafa sebagai pemimpin paling senior dalam PAS seolah-olah secara spontan memberi pandangan negatif dan mengandungi unsur niat jahat terhadapnya.

Nasharudin berkata, dakwaan Mustafa itu adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas, malah hasrat untuk menyertai Umno tidak pernah langsung diungkapkannya sepanjang menyertai PAS.

“Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap penjelasannya memadai dalam mengukur kesetiaannya terhadap perjuangan PAS.

“Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments