Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS: Solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim angkara Umno

 | December 23, 2011

Apabila orang Umno gagal menguasai masjid, mereka mendesak supaya membina masjid sendiri.

PETALING JAYA: Solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim  yang masih berlaku di Terengganu angkara Umno, dakwa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Saiful Bahri Mamat.

Beliau mendakwa, apabila orang Umno gagal menguasai masjid, mereka mendesak supaya membina masjid sendiri.

“Ini berlaku di  Kampung Pinang Merah, Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah – semuanya di daerah Dungun,” katanya.

Beliau mengulas titah Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin  yang kecewa kerana masih berlaku solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim di Terengganu.

Dilaporkan ada 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu mukim  berbanding 23 masjid sebelum ini.
Saiful  juga mendakwa  pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS di Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Juga berlaku di Felda

Katanya, ini berlaku kepada masjid Sura Lama dalam DUN Paka.

“Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang PAS itu menimbulkan rasa tidak puas-hati pimpinan Umno-BN . Mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada masjid Sura Lama.

“Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahyang di masjid yang dibina oleh orang PAS,” tambahnya.

Saiful mendakwa perkara serupa juga berlaku di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3.

Dakwanya, masjid baru dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments