Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

KITA mula berkempen hadapi p’raya

 | December 26, 2011

Program ini sebagai perkenalan dasar parti KITA sebelum menghadapi PRU-13, kata Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.

ALOR SETAR: Parti KITA telah mula turun padang dalam persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tahun depan.
Hampir 1,000 keping  manifiesto KITA Kedah telah berjaya diedarkan kepada rakyat di DUN Gurun dan  Kuala Ketil .

Program ini sebagai perkenalan dasar parti KITA sebelum menghadapi PRU-13, kata Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.

Seramai 20 AJK Negeri yang diketuai Zamil turun padang pada minggu lalu.

Turut serta  Faizal Jaafar yang baru dilantik sebagai Ketua Pemuda KITA.

Sambutan baik

Zamil berkata, pihaknya terkejut dengan sambutan rakyat yang menerima kehadiran KITA di tempat mereka.

KITA Kedah turut berpuas hati dengan sambutan dari semua lapisan umur tidak kira warga emas, ibu bapa mahupun remaja terdiri dari pelbagai kaum,” katanya.

Menurut Zamil, DUN Gurun dan Kuala Ketil adalah antara kerusi negeri yang dikenal pasti KITA untuk bertanding pada PRU13.

Beliau berkata,  program seperti ini  akan diteruskan di masa akan datang di DUN-DUN lain yang akan dikenal pasti.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments