Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah

 | December 31, 2011

“Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah.”

JEMPOL:  Kecewa dengan  pengurusan Felda, 106 peneroka Felda Raja Alias 3 hari ini mengambil keputusan menebang  sendiri  pokok getah tanpa bantuan Felda.

Setiausaha Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Yaakob Mahmood yang mewakili 106 peneroka terbabit berkata akibat menunggu hampir dua tahun, pihaknya kini sudah mencari syarikat yang bersedia untuk menebang pokok getah dan membeli kayu getah berkenaan.

“ Selepas mendapat sebut harga dari beberapa syarikat, akhirnya kita mendapat harga terbaik dari sebuah syarikat pada RM9,800 setiap satu ekar.

“Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah. Jika semua persiapan berjalan lancer proses penebangan pokok getah ini akan dilakukan pada bulan Januari depan.

“Selepas mesyuarat, 106 peneroka ini sebulat suara setuju menguruskan penebangan pokok getah dan menjual kayu getah dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada Felda.

“Kita ada bukti hitam putih persetujuan daripada syarikat terbabit untuk melaksanakan proses penebangan pokok getah tersebut”, kata Yaakob dalam sidang media hari ini.

Wakili semua peneroka

Menurut Yaakob keseluruhan peneroka tanah rancangan ini adalah 259 peneroka dan  terpulang kepada mereka untuk sertai kami atau pun tidak kerana kita mewakili semua peneroka tanpa mengira parti.

“ Setelah semua proses ini selesai, dijangka pada bulan Jun depan akan bermula proses tanam semula di kebun masing-masing.

“Saya mendesak Felda memberi kebebasan dan hak kepada peneroka terbabit untuk memilih tender mana yang lebih sesuai yang menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.

“Saya berharap Felda memberikan segera surat kebenaran untuk tujuan tersebut dan tidak menafikan hak peneroka”, tegas Yaakob lagi.

Turut hadir di dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments