Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Hala tuju PKR bukan ditentukan RPK’

 | January 3, 2012

Kini jelas terbukti bahawa sebenarnya beliau adalah blogger pro-Umno bagi mencapai agenda yang tersirat.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa hala tuju partinya ditentukan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan blogger pro-Umno, Raja Petra Kamaruddin (RPK).

“Masa depan perjuangan parti ditentukan oleh Anwar dan bukan Raja Petra. Yang menentukan masa depan negara dan parti adalah rakyat Malaysia, kepimpinan parti dan ahli PKR serta Pakatan Rakyat.

“Siapa dia Raja Petra nak serang Anwar? Kepimpinan parti rasa ia (RPK) sudah tidak penting lagi kerana rakyat dan pimpinan menerima Anwar,” katanya ketika ditemui wartawan selepas sidang media Pakatan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada wawancara eksklusif akhbar pro-Umno, Mingguan Malaysia dengan RPK yang terbit Ahad lalu yang mengaibkan Anwar.

Ahli Parlimen Gombak itu mempersoalkan motif sebenar RPK, lebih-lebih lagi menjelangnya tarikh 9 Januari ini bagi menuntut pembebasan Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dijadual membuat penghakiman pada hari itu berhubung kes ini.

Ujar Azmin, “mengkritik Anwar sebagai bakal PM gay….skrip Umno yang menjadi bahan RPK. Beliau diupah untuk tujuan tertentu. Kita juga tahu beliau tidak berada di London dan berada berhampiran Malaysia.

“Kerja jelek sebegini mungkin membuatkan beliau dapat masuk ke Malaysia dengan selamat. Tetapi kini wujud prasangka buruk terhadap RPK dan jelas terbukti bahawa sebenarnya beliau adalah blogger pro-Umno bagi mencapai agenda yang tersirat.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, RPK juga mendakwa Anwar tidak layak menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

RPK juga mengkritik Anwar sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments