Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Suhakam sambut baik kerajaan berunding mengenai Auku

January 22, 2012

Perundingan dan dialog secara terbuka tentang isu itu akan diadakan untuk membolehkan pelajar menikmati lebih banyak hak dan kebebasan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik langkah Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan perundingan dengan wakil pelajar, pemegang kepentingan dan pihaknya berhubung rancangan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1974.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata beliau berharap perundingan dan dialog secara terbuka tentang isu itu akan diadakan untuk membolehkan pelajar menikmati lebih banyak hak dan kebebasan.

“Kesedaran tentang hak dalam bidang ekonomi, sivil dan politik dalam kalangan pelajar universiti dan penyertaan mereka dalam rundingan mengenai isu kepentingan negara perlu dilihat secara positif sebagai sesuatu yang boleh menjadi pelengkap dan penambahan terhadap pendidikan rasmi serta latihan yang mereka terima di universiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasmy berkata tindakan mengenakan sebarang “sekatan tidak wajar terhadap hak pelajar dan pengalaman ini” akan menafikan mereka untuk menerima pendidikan serta pengalaman yang mereka perlukan sebagai bakal pemimpin negara.

Beliau juga menyatakan “kebimbangan besar” suruhanjaya itu tentang keputusan universiti tertentu baru-baru ini menggantung pengajian pelajar yang menyuarakan pandangan mereka kerana didakwa merosakkan nama baik institusi berkenaan serta menggugat ketenteraman awam.

Katanya tindakan itu bukan saja menyekat hak asasi pelajar, tetapi juga  bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 15 Auku untuk memberi ruang kepada pelajar universiti berusia 21 tahun ke atas menunaikan hak mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments