Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Manifesto Pakatan NS ceduk idea BN

 | January 27, 2012

Manifesto Pakatan itu sebenarnya menceduk idea kerajaan negeri dan berasaskan dari apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kata MB Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Menteri Besar Dato’ Sri Mohamad Hasan menasihatkan rakyat Negeri Sembilan agar tidak terpengaruh dengan Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Beliau berkata manifesto yang dilancarkan Pakatan itu sebenarnya menceduk idea kerajaan negeri dan berasaskan dari apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, “mereka mengambil idea dari pelaksanaan kita dan mencari sesuatu yang tidak betul bagi menyelar BN serta menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

“Apa yang pasti semua idea dalam manifesto Pakatan telah pun kita laksanakan. Contohnya  dalam pengisytiharan harta benda, BN telah lama lakukan.

“Semua harta benda saya isytiharkan dan hantar maklumat kepada Perdana Menteri manakala semua ahli Exco kerajaan negeri pula isytiharkan harta mereka kepada saya selaku Menteri Besar.

“Kita sudah buat manakala mereka baru rancang hendak buat,” kata Mohd Hasan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau.

Pakatan isytihar harta kepada rakyat

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS), Mohd Nazree Mohd Yunus menyifatkan Mohd Hasan begitu dangkal dalam memberikan pandangan bahawa semua idea dalam Manifesto Pakatan Negeri Sembilan telah dilaksanakan oleh BN termasuk soal pengisytiharan harta.

“AMKNS membidas dakwaan ini kerana pimpinan Umno-BN dalam kerajaan Negeri Sembilan sekadar mengisytiharkan harta kepada

Perdana Menteri dan Menteri Besar sendiri sedangkan hasrat Pakatan ialah harta itu perlu diisytiharkan kepada rakyat.

“Semakan di laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan jelas menunjukkan bahawa tidak ada langsung akses kepada kedudukan dan pengisytiharan harta Exco kerajaan Negeri Sembilan berbanding Exco Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

“AMKNS membuka ruang dan mencabar Mohd Hasan untuk berdebat atau berforum mengenai isu Manifesto Pakatan. Rakyat perlu mendapat penjelasan yang lebih lanjut berkaitan kandungan Manifesto Pakatan Negeri Sembilan supaya tidak dikelirukan dengan pandangan dangkal pimpinan Umno-BN seperti yang dinyatakan oleh Mohd Hasan,” ujar Mohd Nazree

Mohd Nazree berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sejauh mana nilai Manifesto Pakatan Negeri Sembilan berbanding tohmahan cedukan idea oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Rakyat boleh membandingkan prestasi tiga tahun Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mutakhir ini berbanding sebelum ini di bawah BN.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments