Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands

 | January 31, 2012

"Ada cawangan Umno di sini yang berkubur kerana tidak mendapat perhatian ahli parlimen," kata Azizi Ahmad.

PETALING JAYA: Pemuda Umno Cameron Highlands membuat usul supaya ahli parlimen sekarang Datuk SK Devamany digantikan dengan orang lain dalam pilihan raya umum ke 13.

Usul itu dibuat sendiri oleh Ketua Umno bahagian, Azizi Ahmad.
Bagaimanapun, katanya,  tidak ada perbincangan khusus oleh Umno bahagian tentang usul tersebut.

Aziz juga menolak dakwaan untuk  membawa Presiden MIC Datuk G Palanivel bertanding di parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya ke 13.

Tetapi beliau mengakui ramai orang Melayu tidak gemar dengan berapa tindakan ahli parlimen sekarang Datuk SK Devamany.

`Cawangan Umno berkubur’

“Ada cawangan Umno di sini yang berkubur kerana tidak mendapat perhatian ahli parlimen.

“Beliau juga membantu NGO yang menyokong beliau sahaja,” kata beliau.

Azizi menambah, ada pemimpin Umno bahagian yang marah dengan Devamany.

Beliau mempertahankan tindakan Palanivel mengadakan program termasuk merasmikan bangunan tambahan SJKT Tanah Rata serta majlis Ponggal di situ baru-baru ini.

“Sebagai presiden sebuah parti komponen BN, tidak salah beliau berbuat demikian,” katanya.

Azizi juga membantah kenyataan Ketua Wanita Umno Cameron Highlands Ramiza Mohd Husain bahawa Pemuda Umno bahagian menyokong untuk mengekalkan Devamany mengekalkan kerusi Cameron Highlands.

Seorang AJK Umno bahagian memberitahu Palanivel telah merasmikan beberapa program di Cameron Highlands termasuk perasmian SJKT Tanah Rata.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments