Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Isu kepala babi: Selangor tawar RM10,000

 | February 1, 2012

Orang ramai boleh membantu polis dengan memberi maklumat dengan menghubungi talian di 1-800-888-2824.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat mengenai penemuan satu kepala babi di Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang awal pagi semalam.

Perkara itu diumumkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail ketika sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di bangunan SUK di sini petang ini.

Beliau berharap orang ramai dapat membantu polis dengan memberi maklumat untuk menangkap individu yang tidak bertanggungjawab tersebut dengan menghubungi talian di 1-800-888-2824.

“Ini bukan kali pertama perkara ini timbul dan kesan dari itu kita tak mahu ramai pihak jadikan ia isu sensitif.

“Malangnya yang lepas tiada tangkapan. Mungkin dengan usaha orang awam membantu polis maka akan membawa mereka yang lakukan hal ini dengan secepat mungkin. Itu objektif kita,” kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri (Adun) Batu Tiga.

Menurut Adun Rawang Gan Pei Nei, satu kepala babi ditemui di perkarangan masjid berkenaan pada jam lima pagi semalam oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama untuk membuat persiapan solat Suboh.

Syabas guna taktik paksaan

Sementara itu, syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pula didakwa menggunakan taktik paksaan agar kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menyatakan rasa kesal di atas hal itu sambil menyifatkan taktik terbaru Syabas itu sebagai tidak beretika.

“Taktik terbaru Syabas yang tidak meluluskan pembangunan baru dan pada masa depan dengan alasan bekalan air tidak mencukupi seperti yang didedahkan oleh Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dalam kenyataan semalam adalah tidak beretika dan mesti dikutuk,” kata Xavier.

Dr Xavier yang juga Adun Sri Andalas menegaskan kerajaan negeri tidak akan menentang pembinaan Langat 2.

Dalam pada itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menasihatkan Datuk Seri Noh Omar untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat.

Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sepatutnya
bersungguh-sungguh membantu pembeli rumah di Ukay Bistari,Hulu

Kelang daripada hanya mencari publisiti.

Iskandar berkata, terdapat kekeliruan dan persoalan ketika majlis serah kunci oleh Noh kepada pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.

“Ada laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya menunjukkan pemaju pada majlis itu belum lagi memohon untuk mendapat Sijil Layak Menduduki atau CF.

“Oleh itu saya menasihati Datuk Seri Noh supaya tidak mempolitikkan masalah rakyat tapi sebaliknya menumpukan masa, tenaga untuk selesai isu National Feedlot Corporation (NFCorp) yang membabitkan kementerian beliau,” kata Iskandar yang juga Adun Cempaka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments