Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Azizan: Bila saya letak jawatan?

February 8, 2012

Spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

“Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu… ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka,” katanya ketika dihubungi.

Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.

Spekulasi itu adalah serangan terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

“Boleh jadi… saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang… saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar,” katanya.

Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008.

Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.

Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera Pakatan Rakyat mempertahankan negeri ini.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments