Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Polis tidak akan ekstradisi Hilmi

February 10, 2012

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Hilmi Hazimin mungkin perlu menjalani pendakwaan berhubung kesalahan imigresen di Indonesia terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang mengektradisi rakyat Malaysia bernama Hilmi Hazimin Malek, 37, yang
kini dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Hilmi Hazimin mungkin perlu menjalani pendakwaan berhubung kesalahan imigresen di Indonesia terlebih dahulu.

“Kita belum dapat laporan penuh daripada polis Indonesia tetapi kemungkinan Hilmi akan didakwa dan dihukum di sana. Selepas selesai perkara itu baru polis di sini akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di Bukit Aman hari ini.

Sebuah portal Indonesia pada Sabtu lepas melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai ‘Azmin Helmi’, yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan oleh Imigresen Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen palsu.

Dia dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan mempunyai kad pengenalan dan kad keluarga Indonesia palsu.

Kesan dalang

Mengenai satu perkara lain, Khalid menafikan penglibatan dua anggota polis  berhubung kes penyelewengan kuasa pengeluaran tender projek baik pulih muzium Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata polis ada menerima laporan bahawa penyelewengan tersebut dilakukan oleh pihak luar.

“Kita ada terima laporan tahun lepas dari seorang mangsa yang dijanjikan akan memperolehi tender,” katanya.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengesan dalang sebenar kes itu.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa seorang pegawai polis berpangkat Penguasa dan seorang anggota PDRM yang bertugas di muzium berkenaan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyelewengan tersebut.

Sebelum ini akhbar tersebut melaporkan mengenai sindiket penipuan yang kononnya menawarkan projek bernilai jutaan ringgit membabitkan pemberian tender baik pulih Muzium PDRM.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments