Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Penganalisis ramal pilihanraya selepas isu SBPA selesai

 | February 12, 2012

Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, BN akan menang sebagaimana tahun 2008.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak  akan membubarkan parlimen selepas  isu skim saraan baru penjawat awam (SBPA) berjaya diselesaikan, kata penganalisis tempatan, Prof Dr Mohd Agus Yusof.

Bagaimanapun, kata pensyarah UKM itu jika pilihan raya umum diadakan sekarang, BN akan menang sebagaimana tahun 2008.

Katanya, ramalan itu hanya untuk hari ini dan bukannya untuk masa depan kerana politik adalah perkara yang berubah-ubah.

“Kerajaan akan buat pilihan raya dalam tempoh terdekat tetapi mahu menyelesaikan isu itu terlebih dahulu.

“Kerajaan tidak bimbang dengan 1.2 juta kaki tangan awam tetapi pengaruh di dalam lingkungan mereka. Kalau pensyarah universiti, ada pelajar-pelajarnya. Kalau ketua jabatan, ada kaki tangannya,” kata beliau.

Menurut banyak pihak, Najib akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini walaupun perdana menteri tidak mahu mengesahkannya.

Agus berkata, asas yang menyebabkan beliau mengatakan BN akan menang kerana rakyat masih tidak tertekan  dengan kehidupan yang ada hari ini.

Orang masih kenyang

“Maknanya mereka boleh menerima kerana harga barangan belum naik, harga minyak belum naik. orang masih kenyang mereka tidak peduli.

“Tetapi perut orang kosong, mereka akan swing,” tambah beliau lagi.

Najib dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke 13 pada bila-bila masa walaupun beliau menolak membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.

Mandat BN akan berakhir pada Mac 2013.

Bagaimanapun, menurut Agus, keputusan sama ada BN atau pembangkang menang hanya boleh ditentukan pada saat-saat akhir menjelang hari mengundi.

“Politik adalah satu perkara yang dinamika iaitu benda yang berubah setiap masa, malah pada saat akhir pun orang boleh berubah.

‘Sebagai contoh hari ini orang beri RM500, bila dekat nak mengundi orang lain beri beri RM1, 000 orang tak ingat lagi yang RRM500 itu,
kata Agus.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments