Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Banteras kontraktor seleweng barangan bersubsidi

 | February 20, 2012

KPDNKK memandang serius dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam penyiasatan kes tersebut.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan berkompromi dengan kontraktor penghantar barangan bersubsidi dan pegawai mereka yang terlibat dalam penyelewengan tuntutan penghantaran barangan bersubsidi di pedalaman Sarawak.

Menterinya, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNKK memandang serius kes itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam penyiasatan kes tersebut.

Menurut beliau, sekiranya hasil siasatan SPRM mendapati penyelewengan itu membabitkan pegawai KPDNKK, maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada akan dikenakan kepada mereka.

“Kontraktor didapati terbabit melakukan tuntutan palsu ini akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk tindakan mahkamah dan disenarai hitam dari melakukan kerja berkenaan.

“KPDNKK juga akan melakukan pengauditan secara ketat membabitkan pihak kontraktor penghantar barangan bersubsidi dengan pihak yang menerima bagi memastikan tiada unsur-unsur penyelewengan berlaku,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Majlis Pusat Pengedaran (DC) Koperasi Nilam Kuching Berhad dan

Pelancaran Produk COOP 1M Bagi Zon Sarawak di Gudang Koperasi Nilam Kuching Berhad (KNKB).

Dengan pelancaran produk COOP 1M, rakyat negeri ini terutama di Kuching kini ditawarkan dengan satu lagi alternatif apabila berbelanja untuk barangan keperluan mereka.

“COOP 1M menawarkan harga antara 30 hingga 40 peratus lebih murah dari barangan berjenama terkenal yang serupa,” katanya sambil menambah, pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) juga berpeluang memasarkan produk keluaran masing-masing sebagai produk COOP 1M.

Pusat Pengedaran

Sementara itu, Pengerusi KNKB, Awang Habiburllah Awang Ismail yang ditanya berhubung latar belakang KNKB memberitahu KNKB dilantik secara rasminya oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Pusat Pengedaran (DC) pada Ogos 2011.

KNKB dipertanggungjawabkan sebagai pengedar dan menjual serta mengagihkan barangan keperluan kepada koperasi-koperasi di Sarawak terutamanya di Zon Selatan.

“KNKB telah mendapat Lesen Borong untuk gula (100 tan), tepung gandum (30 tan) dan minyak masak (50 tan) dari pihak KPDNKK,” katanya sambil menambah, KNKB juga telah diperuntukkan Kuota Gula Sebanyak 50 tan metrik sebulan dari Pihak FELDA Trading

“KNKB juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat HMN Nadhir Sdn Bhd. yang telah terpilih dalam kelompok pertama syarikat Teras (Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Teraju di bawah Jabatan Perdana Menteri,” kata usahawan muda itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments