Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Penyenaraian Felda Global akan merugikan ahli KPF

 | February 20, 2012

"Saya minta Felda menyiasat perkara ini kerana jika benar akan merugikan 224, 000 ahli KPF".

ALOR SETAR: Bekas pemimpin Kita Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa penyenaraian Felda  Global Ventures Holdings (FGVH) tidak akan memberi keuntungan kepada peneroka Felda.

“Saya juga difahamkan cadangan ini dibuat supaya kuasa Koperasi Pemodalan Felda (KPF)  ini akan dimiliki oleh seorang individu melalui sebuah syarikat milik beliau.

“Saya minta Felda menyiasat perkara ini kerana jika benar ia akan merugikan 224, 000 ahli KPF.

“Selepas disenarai awam, ahli KPF ditawarkan saham tetapi dipegang oleh syarikat berkenaan,”  kata Zamil.

Bagaimanapun. Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata penyenaraian FGVH akan tetap dilaksanakan,

KPF mempunyai kepentingan sebanyak 51 peratus ke atas Felda.

Zamil  menambah,  pemberian saham adalah taktik yang akan diguna pakai untuk mengunci mulut peneroka berkenaan.

Tidak ada suara

“Walaupun KPF menjadi pemegang saham terbesar  tetapi mereka tidak ada suara. KPF tidak ada apa-apa kuasa selain kepentingan  saham deposit,” dakwa beliau lagi.

Menurut beliau, gambaran bahawa KPF memiliki pegangan saham sebanyak 37 peratus merupakan pembohongan.

Ketika ditanya kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Pengerusinya, Mazlan Aliman mengingatkan mana-mana pihak supaya jangan membuat spekulasi mengenai perkara tersebut.

“KPF tidak boleh buat apa-apa kerana kita sudah membuat injuksi di mahkamah bagi menghalang perbincangan penyenaraian tersebut.

“Mereka boleh mengadakan mesyuarat tetapi tidak boleh membincangkan usul. Saya nasihatkan mereka supaya tidak adakan mesyuarat,” katanya.

KPF akan mengadakan mesyuarat Rabu ini dan Perdana Menteri dijangka merasmikannya.

“Sejauh mana  penyenaraian berlaku dalam keadaan pententangan yang memuncak. Saya tidak fikir ia akan berlaku,” tambah Mazlan.

Pada 23 Disember empat peneroka  Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong memfailkan permohonan di mahkamah tinggi Temerloh, Pahang untuk menyekat mesyuarat agung itu.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments