Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PKR tuntut penjelasan samseng ganggu ceramah Anwar

 | February 20, 2012

Parti turut kesal dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak menghalang perbuatan samseng terbabit daripada mengganggu program ceramah tersebut.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Pengerusi Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi penjelasan berhubung dakwaan pembabitan samseng yang dilapor mengganggu ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sembrong, malam semalam.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mendakwa tindakan samseng ini menular ke tiga negeri iaitu  Selangor, Melaka dan Johor.

Bimbang dengan sambutan rakyat ke atas Pakatan Rakyat, Saifuddin mendakwa Umno Johor tiada pilihan sehingga bertindak ganas dan menggunakan samseng.

PKR katanya turut kesal dengan PDRM yang tidak menghalang perbuatan samseng terbabit daripada mengganggu program ceramah tersebut.

“Apakah kerana kawasan itu dibuat di kawasan parlimen Menteri Dalam Negeri maka polis membenarkan tindakan ganas dilakukan semata-mata melindungi politik menteri berkenaan. Jika tidak kenapa tiada sebarang tangkapan atau halangan oleh polis.

“Apakah jaminan diberi PDRM bagi memastikan program-program politik oleh PKR dan pimpinan lain selamat jika PDRM berpihak? Maka Naib Presiden Umno dan Menteri Besar Abdul Ghani Othman tampil beri penjelasan mengenai samseng ini dan minta hentikan perbuatan tidak bertamadun ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Kereta Anwar kemek, rosak

Dalam kejadian tersebut, kereta milik Anwar kemek dan mengalami kerosakan ketika menyampaikan ceramah di Ibu Pejabat Keadilan Sembrong malah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor yang dikenali Nazri turut mengalami cedera ringan.

Saifuddin berkata satu laporan polis dibuat 3.30 pagi di balai polis Kluang oleh Ketua PKR Sembrong, Mohd Yusof.

Beliau mendakwa program ceramah yang mendapat sambutan tiga ribu orang itu diganggu dengan dilempar mercun, batu, kayu, dan bola.

Turut dikenalpasti 50 hingga 80 kumpulan samseng bermotor didakwa diupah yang melibatkan remaja berumur 15 hingga 18 tahun.

Debat Najib-Anwar

Dalam perkembangan berkaitan, ketika diminta mengulas mengenai pendirian Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kesediaan parti itu untuk berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) susulan debat bersejarah antara pemimpin DAP dan MCA, kelmarin, beliau menyambut baik pendirian tersebut.

Sambil menyifatkan pandangan Tengku Adnan lebih skeptikal berbanding Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, Saifuddin berkata PKR bersedia mengadakan perbincang berhubung hal itu.

“Saya menghormati pendirian Adnan dan menganggap ia bukan dibuat saja-saja. Saya harap beliau dapat memulakan usaha ini dengan menemukan dua pemimpin hebat iaitu (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak dan (Ketua Umum Pakatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat,” katanya.

Menyentuh mengenai kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak, Saifuddin menyerahkan hal itu kepada Perdana Menteri memandangkan beliau mempunyai penasihat agama.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments