Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Gabungan peneroka bantah FGVH diurus orang luar

February 22, 2012

Datuk Abdullah Abu Bakar mendakwa pihak luar tidak mempunyai semangat Felda dan mungkin mengutamakan kepentingan lain.

PETALING JAYA: Gabungan Wawasan Peneroka Felda (GWPF) yang mempunyai 121, 635 ahli membantah pengurusan Felda Global Ventures Holding (FGVH) diserahkan kepada pihak luar.

Gabungan itu, kata Timbalan Presiden Datuk Abdullah Abu Bakar menentang sebarang tindakan memberikan FGVHB kepada orang luar berdasarkan hubungan politik.

Abdullah memberitahu beliau telah diberi penerangan oleh Presiden FGVHB, Datuk Sabri Ahmad  mengenai syarikat yang akan menguruskannya setelah disenaraikan kelak.

“Sabri memberitahu FGVHB akan diuruskan oleh syarikat tempatan dan juga dari luar negara. Beliau menyebut nama syarikat berkenaan tetapi kita tunggu perkembangan terbaru.

“Tetapi kita mahu lebih banyak maklumat lagi. Hak peneroka dalam FGVHB perlu dijelaskan lagi,” kata beliau.

Ketika ditanya adakah Ethos Consulting akan dilantik menguruskan FGVHB, Abdullah berkata, Sabri tidak menyebut syarikat itu.

Desas desus bertiup kencang, Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Mustapha Omar Ong akan dilantik sebagai perunding FGVHB.

Timbalan Presiden GWPF berkata, pihaknya telah bertemu Perdana Menteri Najib dan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan supaya mengutamakan pengurusan FGVHB kepada cerdik pandai anak peneroka.

‘Jangan perlekeh anak Felda’

Abdullah mendakwa, pihak luar tidak mempunyai semangat Felda dan mungkin mengutamakan kepentingan lain.

“Peneroka tidak mahu lagi orang luar menguruskan Felda,  cukuplah dengan apa yang berlaku sekarang.

“Memberikan orang luar menguruskan Felda, seperti menghina anak peneroka Felda. Jangan lupa ramai  peneroka yang berjaya. Dua orang menjadi ketua setiausaha kementerian, dua orang setiausaha kerajaan negeri, ahli parlimen, Adun, tokoh korporat dan sebagainya.

“Jangan perlekehkan anak Felda,” kata Abdullah lagi.

Abdullah berkata, adalah tidak bijak memberikan FGVHB kepada individu atau syarikat semata-mata mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan negara.

“Beri kepada individu atau syarikat yang layak, yang ada kemahiran dan kemahiran. Tidak mengapa rapat dengan pemimpin tetapi layak dan berpengalaman.

“Jangan beri kepada orang yang ada kepentingan peribadi dengan pemimpin negara jangan dilantik,” kata beliau.

Turut baca:

Felda: Najib must explain ex-aide’s role


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments