Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Jawatan Timbalan Presiden untuk bela bukan Islam

 | March 2, 2012

"DHPP duduk di luar saja, kita tidak boleh buat apa-apa, jadi tidak ada masalah lantik dua orang timbalan presiden PAS," kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chow.

PETALING JAYA:  Orang bukan Islam mahu jawatan tinggi dalam PAS bagi membolehkan masalah dan keperluan mereka dapat diketahui pemimpin, kata Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Kalau PAS tidak membenarkan orang bukan Islam menjadi Timbalan Presiden, bagaimana PAS hendak membela mereka?

“DHPP duduk di luar saja, kita tidak boleh buat apa-apa,  jadi tidak ada masalah lantik dua orang Timbalan Presiden PAS, iaitu  seorang khusus untuk orang Islam dan seorang lagi untuk bukan Islam,” kata Pengerusinya, Hu Pang Chow.

Walapun waktu ini, kata Hu  mungkin awal lagi untuk beri jawatan Timbalan Presiden kepada orang bukan Islam tetapi kena pandang ke depan.

“Buat masa ini, orang Cina dan India tidak boleh jadi Timbalan Presiden PAS kerana syaratnya mesti orang Islam. Syarat ini kena ubah tetapi tidak ada orang  yang mahu ubah syarat itu.

“Kalau PAS nak jadi parti arus perdana di negara ini dan juga peringkat antarabangsa, PAS harus fikir ke arah itu.

“Saya anggap kenyataan Dr Zulkifli Ahmad (ahli parlimen PAS Kuala Selangor) untuk membuka ruang orang bukan Islam menjadi Timbalan Presiden sebagai berpandangan jauh,” katanya lagi.

Dalam wacana politik di Shah Alam Selasa lalu, Dr Dzulkifly yang juga AJK PAS Pusat dilaporkan sebagai berkata, PAS sedia menerima orang bukan Islam untuk jawatan Timbalan Presiden.

Nik Aziz bantah

Bagaimanapun, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz NIk Mat menegaskan Timbalan Presiden PAS mesti beragama Islam. Kenyataan sama dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemuda, Nasruddin Hassan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan PAS melantik tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai presiden parti.

Bagi Hu yang menjadi ketua kelab penyokong PAS bagi kaum bukan Islam sejak 2004, pemimpin PAS yang tidak berani memberi ruang kepada orang bukan Islam adalah mereka yang takut dan bimbang dengan diri sendiri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan walaupun  perlu membuka ruang kepada bukan Islam menjadi Timbalan Pesiden, orang Islam  mesti dikhususkan untuk menjadi Presiden kerana PAS adalah sebuah parti Islam.

Menurutnya, PAS perlu berjiwa besar sesuai dengan perkembangan politik semasa di mana parti satu kaum sahaja tidak akan mencapai kejayaan.

“Kita tengok dengan adanya sokongan orang Cina dan India, PAS sudah menjadi besar menang di Kelantan dan Kedah.

“PAS sudah berjaya memasuki golongan orang bukan Islam, sebelum ini orang Cina anti PAS. PAS tidak boleh nafi sokongan orang bukan Islam,” tambah beliau lagi.

Kelab Penyokong PAS ditubuhkan pada tahun 2004 sebelum dinaik pangkat DHPP pada 2010 bagi menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada parti itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments