Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Ibu bapa Kelantan tak minat hantar anak kelas Quran

 | March 5, 2012

"Ibu bapa menghadapi tekanan dalam mengejar kejayaan dalam bidang akademik," kata exco agama, Datuk Nik Amar Abdullah.

KOTA BARU: Ibu bapa Kelantan lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen mempelajari matematik dan sains berbanding kelas membaca al Quran, kata Exco agama kerajaan negeri, Datuk Nik Amar Abdullah.

Beliau berkata, ia berlaku ekoran perubahan sikap ibu bapa di negeri itu kerana perkembangan zaman.

Menurut Nik Amar, Ibu bapa menghadapi tekanan dalam mengejar kejayaan dalam bidang akademik, tumpuan ibu bapa kepada kelas-kelas tuisyen.

Keadaan ini, kata beliau menyebabkan kelas kelas-kelas pengajian al Quran kurang  mendapat sambutan termasuk di kampung-kampung.

Abai pembelajaran

“Anak-anak sendiri mengabaikan pembelajaran al Quran. Walau ada yang menghantar anak ke kelas berbayar tetapi ramai yang tidak hantar, ke kelas kita tidak hantar, kelas swasta tidak hantar.

Beliau menjawab soalan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) dalam sidang DUN Kelantan hari ini.

Abdul Fatah bertanya,  apa langkah kerajaan negeri untuk memastikan  anak-anak Kelantan mahir al Quran.

“Soal ini tanggung jawab ibu bapa tetapi kita beri kesedaran kerpada ibu bapa  tentang al Quran,” kata Nik Amar lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments