Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Penduduk rumah panjang belum dapat RM500

 | March 8, 2012

Jofri Jaraiee berkata, maklumat tersebut diperolehi berdasarkan kunjungan PAS ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir di sini.

MIRI: Masih ramai penduduk miskin yang mendiami rumah panjang  di daerah ini yang belum mendapat wang dari Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dakwa PAS Miri.

Ketuanya Jofri Jaraiee berkata, maklumat tersebut diperolehi berdasarkan kunjungan  PAS ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir di sini baru-baru ini.

“Penduduk memberitahu rombongan kami wang BR1M sebanyak RM500 belum diberi sepenuhnya kepada penduduk rumah panjang.
“Edmund Silla anak Unchi mendakwa permohonannya ditolak, ” kata beliau.

Menurut Josri, penduduk mengatakan mereka terpaksa berulang-alik ke pekan Bekenu semata-mata untuk memeriksa nama sebelum mengambil wang BR1M,.

Bagaimanapun, apabila  sampai ke situ, mereka pula disuruh turun ke bandaraya Miri untuk mengambil wang tersebut.

Apabila sampai ke bandaraya Miri, nama mereka tidak ada dalam senarai jadi terpaksalah mereka pulang semula ke kampung.

Tidak dapat apa-apa

“Mereka kecewa kerana tidak mendapat apa-apa dari BR1M, ” tambah pemimpin PAS itu.

Menurut Josri, sudahlah segala kos perjalanan, makan minum hampir beratus ringgit habis dibelanjakan, wang sebanyak RM500 BR1M yang dijanjikan belum tentu dapat.

Katanya, penduduk mencadangkan agar pihak kerajaan menyalurkan wang tersebut terus ke rumah panjang tanpa perlu melalui wakil rakyat atau orang tengah.

Apa yang penting, tambah Josri Tuai Rumah (ketua kampung) di rumah panjang boleh terus membahagikan wang tersebut ke setiap pintu dalam rumah panjang tersebut.

Setiap rumah panjang mempunyai satu pintu bagi setiap keluarga dan ini dipisahkan daripada satu sama lain oleh dinding sendiri dan mengandungi ruang tamu dan bilik tidur.

Apa yang berlaku sekarang, dakwa Josri lagi, ramai yang mengadu di mana ada sesetengah keluarga dalam satu pintu mendapat lebih BR1M.

Manakala  ada pula keluarga dalam rumah panjang yang sama langsung tidak dapat menerima BR1M tersebut.

“Ada beberapa buah pintu dalam rumah panjang Jeli, di Kampung Kelitang pemohonan mereka untuk mendapatkan BR1M ditolak,” tambah beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments