Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

FGVH tetap tersenarai walau tanpa KPF

 | March 14, 2012

Kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan atau tanpa 51 peratus pegangan saham daripada Felda Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Katanya, penyenaraian itu akan diteruskan sama ada peneroka terbabit memenangi injunksi terhadap pemindahan saham itu.

Menurut beliau, kes tersebut juga akan didengar di mahkamah pada 22 Mac ini.

Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH.

“Apa-apa yang berlaku 22 Mac ini untuk ketepikan injunksi, KPF akan beri notis EGM (mesyuarat agung tergempar) pada awal April untuk adakan EGM. Jika keputusan injunksi tidak berpihak pada kami kita akan buat penyenaraian tanpa KPF.

“Kami perlu mengambil kesempatan sementara harga CPO masih lagi tinggi.

“Ini adalah faktor utama kenapa kami mahukan penyenaraian itu dilakukan pada bulan Mei, tapi sekarang ia mungkin akan dilakukan pada Jun. Tapi kami akan teruskan tanpa KPF,” katanya yang juga ahli parlimen Pontian.

PAS cabar adakan referendum

Sementara itu, PAS terus mencabar kerajaan untuk mengadakan referendum antara Felda dan peneroka untuk mendapat gambaran sebenar jika para peneroka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan belum memberi sebarang jaminan yang meyakinkan bahawa aset peneroka tidak akan terjejas selepas penyenaraian FGVH.

“Timbalan Menteri kata ada majlis penerangan dan pertemuan. Itu bukan satu konsultasi. Sepatutnya konsultasi dengan pemegang saham.

“Kenapa Felda tidak mengadakan satu referendum dengan peneroka sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin (PAS-Kubang Kerian), berkata demikian sebagai mengulas jawapan Ahmad Maslan sewaktu sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments