Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jawatankuasa Pemandu PAS di Kedah hanya kosmestik

 | March 15, 2012

"Nak nasihat apa kalau semua mereka orang luar yang tidak tahu menahu mengenai negeri Kedah?"

ALOR SETAR: Ketua Kluster Politik, KeseIamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, penubuhan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS untuk memantau kerajaan negeri Kedah tidak akan berjaya.

Beliau menganggap penubuhan Jawatankuasa Pemandu itu hanyalah sebagai komestik dan mekanisme parti tetapi tidak ada sebarang kuasa.

Kata beliau, sebab utama ialah Jawatankuasa Pemandu tidak mempunyai akses maklumat dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.

Katanya, bagaimana Jawatankuasa Pemandu boleh bertindak jika tidak mendapat maklumat mengenai mesyuarat exco.

“Nak nasihat apa kalau semua mereka orang luar yang tidak tahu menahu mengenai negeri Kedah? Mereka tidak tahu mengenai budaya orang Kedah.

“Orang Kedah yang lebih tahu mengenai negeri mereka sendiri. Tentunya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan lebih tahu mengenai hal negeri Kedah.

“Adakah ahli Jawatankuasa Pemandu itu boleh memberi nasihat yang lebih baik daripada penasihat-penasihat Azizan yang sedia ada?
“Azizan ada penasihat undang-undang negeri, barisan exco, pegawai tanah. Mereka semua lebih tahu dari Jawatankuasa Pemandu itu,” kata Dr Mohamed Mustafa.

Puaskan pihak tertentu

Beliau menambah, PAS menubuhkan Pemandu semata-mata untuk memuaskan pihak tertentu yang terbabit dalam krisis kepimpinan di Kedah.

Katanya, ada kemungkinan Menteri Besar Kedah tidak mengendahkan Pemandu kerana kehadirannya tidak ada dalam perlembagaan kerajaan negeri.

“Dalam perlembagaan yang ada Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna Pemandu tidak diperlukan,” tambah beliau.

Pemandu diketuai  bekas Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, manakala ahli lain ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali; Datuk Mahfodz Mohamad dan  Datuk Kamaruddin Jaafar.

Pemandu bertujuan memberi nasihat kepada Azizan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri Menteri Besar dan Exco.

Jawatankuasa itu diwujudkan ekoran tercetus krisis dalaman antara Menteri Besar dengan dua Exco – Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh – yang menolak dilantik semula.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments