Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

8 PBT Selangor mendapat 4 bintang

March 23, 2012

Negeri itu menjadi yang terbaik tetapi tiada satu pun PBT di seluruh negara yang mendapat 5 bintang.

SHAH ALAM: Dua majlis bandaraya dan  enam majlis perbandaran di Selangor mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 2010/2011.

Dua majlis bandaraya itu ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyatan media hari ini..

“Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. Ia juga membuktikan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua Datuk Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik,” tambahnya.

Tiada PBT dapat 5 bintang

Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan  berdasarkan empat bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.

Sistem ini  bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada 70 peratus penduduk, peniaga (20 peratus) dan NGO (10 peratus).

Menurut Menteri Besar, tidak ada satu pun PBT yang mendapat taraf lima bintang bagi tahun 2010/2011.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments