Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Demontrasi sokong imam Hoslam suram

 | March 24, 2012

Sekitar 60 orang hadir dengan simbolik mengangkat selipar dan kasut masing-masing.

KUALA LUMPUR: Solidariti bagi menuntut pembebasan Hoslan Hussin, imam yang dijatuhkan hukuman penjara setahun gara-gara melemparkan seliparnya ke arah panel hakim petang tadi suram dan gagal mendapat sambutan.

Satu demonstrasi aman diadakan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hanya  menyaksikan sekitar 60 orang hadir dengan simbolik mengangkat selipar dan kasut masing-masing.

Kumpulan  ini bergerak menuju ke Istana Negara jam 3 petang dan tiba setengah jam kemudian, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Penyerahan memorandum itu bagi memohon Tuanku memberi pengampunan seterusnya membebaskan Hoslan yang kini meringkuk di penjara Kajang sejak dua minggu lalu.

Hoslan tentan penyelewengan

Turut hadir dalam demonstrasi ini termasuklah Naib Presiden PKR, N Surendran, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad dan  peguam Latheefa Koya.

Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa yang mengetuai demonstrasi itu mendakwa tindakan membaling membaling kasut bukan isu utama sebaliknya perjuangan imam Hoslan untuk menentang penyelewengan wang wujud di masjid Kampung Pandan.

Beliau berkata memorandum itu juga bagi memohon Tuanku untuk campurtangan dalam siasatan pendakwaan berhubung isu penyelewengan masjid di Kampung Pandan itu.

“Isu disembunyikan sedangkan ia sudah berlaku sejak 2007. Pada 2008 Hoslan dipecat sebagai imam dan keluarga diusir keluar daripada kuarters kerajaan,” dakwa beliau.

Sementara itu menurut Kamaruzzaman, Dewan Pemuda PAS akan menubuhkan tabung untuk membantu keluarga imam Hoslan berkenaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments