Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

MIC tidak akan mohon kerusi tambahan

April 2, 2012

Presiden parti Datuk Seri G Palanivel berkata memenangi semula kerusi daripada tangan lawan adalah jauh lebih penting daripada menuntut kerusi tambahan.

JITRA: MIC tidak akan memohon tambahan kerusi pada pilihan raya umum ke-13 ini, sebaliknya akan menumpukan kepada usaha merampas semula kerusinya yang jatuh ke tangan pembangkang.

Presiden parti Datuk Seri G Palanivel berkata memenangi semula kerusi daripada tangan lawan adalah jauh lebih penting daripada menuntut kerusi tambahan.

MIC juga akan memberi tumpuan lebih kepada Kedah, Perak dan Selangor bagi menarik sokongan pengundi baharu dan golongan ‘atas pagar’, katanya kepada Bernama di sini semalam.

Katanya tiga negeri terbabit mempunyai pengundi kaum India yang ramai dan boleh membantu BN menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang itu.

Negeri lain tidak diabaikan tetapi MIC mengatur strategi berbeza di tiga negeri ini bagi mendapatkan sokongan pengundi kaum India, kata Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga melihat sokongan kaum India terhadap BN semakin meningkat dan mampu membantu BN mentadbir kerajaan pusat sekali lagi.

Terdahulu, Palanivel menyerahkan bantuan berjumlah lebih RM1.8 juta kepada 47 kuil dan 13 badan bukan kerajaan kaum India dari seluruh Kedah.

-Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments