Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Tukar mahu tukar MB Pahang

 | April 2, 2012

Kumpulan NGO tersebut menggariskan tiga sebab utama Datuk Seri Adnan Yaakob wajib ditukar.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan NGO yang dibentuk kelmarin – Gabungan Tukar MB Pahang (Tukar) bertekad untuk menukar Datuk Sri Adnan Yaakob dalam pilihan raya umum ke 13.

Penyelaras Gabungan TUKAR,¬† yang dianggotai 15 ahli, Lee Chean Chung¬† dalam satu kenyataan media berkata: “Tidak kira BN ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan wajib bersara.”

Menurut kumpulan tersebut terdapat tiga sebab mengapa Adnan perlu disarakan dari arena politik.

Sebab pertama ialah masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan pentadbiran yang kian berleluasa.

“Negeri ini membentangkan bajet defisit 12 tahun berturut-turut membuktikan Adnan gagal membawa kemajuan dan pembangun, meskipun Pahang negeri terbesar di Semenanjung Malaysia,” kata Lee.

Selain itu Adnan dikatakan lebih mementingkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan berbanding kepentingan rakyat Pahang.

“Adnan seringkali membuat kenyataan yang mengugut rakyat Pahang. Hujahnya mengelirukan dan mengandungi¬† maklumat tidak tepat,” kata Lee lagi.

`Memalukan rakyat Pahang’

Selain itu Adnan didakwa merupakan pemimpin politik yang mudah marah, tidak sopan dan kasar.

Lee merujuk kepada kejadian di mana Adnan memarahi wartawan dengan perkataan bodoh pada bulan lepas.

“Tindakan seumpama itu sungguh memalukan kita sebagai rakyat Pahang,” kata Lee.

Tukar akan menjalankan kempen di seluruh Pahang untuk mencapai matlamat mereka.

Tukar turut mengalukan penyertaan kumpulan NGO lain.

Selain itu mereka mengalukan anggota masyarakat tampil ke depan untuk memberikan maklumat berkenaan rasuah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments