Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tempoh seminggu untuk berpindah

 | April 3, 2012

Setakat ini hanya 34 keluarga yang tinggal di rumah pangsa Kampung Kerinchi masih enggan mengosongkan flat berkenaan.

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah pangsa PKNS Kampung Kerinchi diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah mereka apabila rundingan dibuat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan hari ini.

Setakat ini hanya 34 keluarga yang masih enggan mengosongkan flat berkenaan dan mahu pihak berkaitan menunda tarikh sehingga 1 Julai depan.

Dijadualkan proses pengosongan flat itu dilakukan awal pagi tadi namun ditunda selepas rundingan bersama pihak berkaitan dan penduduk diadakan.

Salah seorang wakil keluarga yang terlibat, Mohd Idrus Tokiran, 48, berkata mereka mahu pihak yang terlibat dalam hal ini berbincang untuk mencapai kata sepakat.

Katanya para penduduk tidak menolak untuk berpindah ke PPR Kampung Muhibah, Puchong namun mahu tarikh pengosongan dibuat sehingga 1 Julai depan.

“Para penduduk akan berpindah namun kita minta untuk tarikh itu ditunda sehingga 1 Julai. Beri kami masa yang cukup untuk berpindah.

“Kami alu-alukan proses pembangunan di sini tetapi ia tidak sepatutnya dilaksanakan secara tergesa-gesa sehingga melanggar hak asasi penduduk,” katanya.

Difahamkan pengosongan flat tersebut dilakukan untuk tujuan pembangunan semula bagi projek-projek komersil.

Mereka menyokong bukan menolak

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu isu ini diselesaikan secara baik oleh Menteri yang berkaitan.

Menurut beliau, jaminan perlu diberikan kepada 34 keluarga yang terlibat dan penangguhan untuk mengosongkan flat itu dapat dibuat sehingga Julai.

“Majoriti menyokong bukan menolak. Tuntutan mereka mudah, hanya mahu minta penangguhan memandangkan kunci rumah masih belum diberi kepada pemilik terlibat. Isu ini perlu diselesaikan secara baik dan mengikut prosedur,” katanya.

Seramai 433 keluarga telah pun berpindah ke PPR Chempaka yang disediakan oleh pihak pemaju, namun hanya 34 yang lain masih enggan berbuat demikian.

Kebanyakan penduduk telah menetap hampir 40 tahun dan mereka terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Turut baca:

Insiden Kg Kerinchi kecoh, 3 mahasiswa dipukul


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments