Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Tanah rizab Perak boleh diberi tetapi bersyarat

April 6, 2012

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri berkata, kelulusan pula adalah tertakluk kepada kerajaan Persekutuan dan memerlukan persetujuan agensi berkenaan.

IPOH:  Pemberian hak milik tanah rizab di Perak tertakluk kepada beberapa syarat, kata exco kerajaan negeri, Datuk Ramly Zahari
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri berkata, kelulusan pula adalah tertakluk kepada kerajaan Persekutuan dan memerlukan persetujuan agensi berkenaan.

Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Perak mengatakan tanah berstatus rizab yang tidak lagi digunakan boleh diberikan hak milik di bawah Lesen Menduduki Sementara (TOL) selama 10 tahun kepada penduduk yang telah lama mendiami tanah itu.

“Bagaimanapun pemberian hak milik di bawah Seksyen 67 (1) dan 67 (3) Kanun Tanah Negara itu tertakluk kepada beberapa syarat.” katanya menjawab soalan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Kubu Gajah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian hak milik tanah rizab kepada penduduk juga memerlukan persetujuan agensi yang memiliki tanah itu seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Keretapi Tanah Melayu.

Kerajaan negeri boleh membatalkan status tanah rizab yang tidak digunakan dan ditukar kepada penempatan dengan menggunapakai peraturan, Pekeliling dan undang-undang, katanya.

“Bagaimanapun kita perlu meneliti pula sama ada benar atau tidak tanah rizab itu tidak diperlukan. Ini kerana tanah rizab yang diperlukan oleh JPS dan KR pada masa hadapan,” katanya.

Ramly berkata antara keperluan agensi berkenaan ialah bagi mewujudkan zon penampan untuk mengelak kemalangan dan untuk jajaran sungai atau pembinaan jalan raya pada masa hadapan.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments