Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PKR cabang ladang Perbadanan Sungai Petani dibubarkan

April 9, 2012

Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.

SUNGAI PETANI: PKR cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Ketua cabang berkenaan, M Muruli berkata mereka kecewa kerana  pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.

“Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji,” katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras DUN Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.

Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan menyokong dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan  selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.

Sementara itu, Tajul Urus berkata bekas anggota PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.

“Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama,” katanya.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments