Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PSC Lynas mula mesyuarat minggu depan

 | April 9, 2012

Jawatankuasa itu perlu menunggu sehingga 12 April bagi mendengar keputusan semakan kehakiman mahkamah yang difailkan penduduk Kuantan Februari lalu.

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dijangka akan mula mengadakan pertemuan pertamanya pada minggu hadapan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya itu perlu menunggu sehingga 12 April bagi mendengar keputusan semakan kehakiman mahkamah yang difailkan penduduk Kuantan Februari lalu.

“Ada semakan kehakiman mengenai perkara berkenaan. Jadi kita mesti tunggu sehingga keputusan terhadap semakan kehakiman itu selesai. Saya cuba untuk adakan (mesyuarat) minggu depan,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Khamis ini untuk membuat keputusan bagi semakan kehakiman difailkan oleh penduduk tempatan berkaitan lesen operasi sementara yang diberikan kepada Lynas.

Dewan Rakyat Mac lepas meluluskan penubuhan PSC berhubung Lynas yang dianggotai sembilan Ahli Parlimen – lima wakil Barisan Nasional (BN) termasuk seorang pengerusi, tiga wakil rakyat pembangkang dan seorang Bebas yang diberi tempoh tiga bulan untuk melaksanakan tugas.

Namun Pakatan Rakyat bertindak memboikot PSC Lynas dan sepakat enggan menyertai jawatankuasa terbabit atas alasan PSC sekadar menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi  itu.

Malah  tiga syarat yang dikemukakan Pakatan sebelum itu iaitu projek pembinaan kilang tersebut yang hampir 95 peratus siap perlu dihentikan serta merta, menghentikan import bahan nadir bumi dari Australia dan memberi kuasa sepenuhnya kepada jawatankuasa itu untuk membuat keputusan turut ditolak Dewan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments