Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tahap kefahaman Islam Wan Junaidi rendah

 | April 9, 2012

PAS tidak pernah berubah pendirian dalam perjuangannya menegakkan Islam dan ajarannya yang meletakkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) amat kesal dengan tuduhan tanpa asas Ahli Parlimen Santubong Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyifatkan parti PAS seperti ‘chameleon’.

Ketua DPPNS, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, kenyataan beliau itu juga menunjukkan tahap kefahaman Islam beliau yang rendah sebagai seorang pemimpin masyarakat Muslim.

Beliau mengulas kenyataan Wan Junaidi yang juga Timbalan Speaker Parlimen Malaysia yang dilaporkan media arus perdana Sarawak dan beberapa portal berita semalam.

Di antara lain, beliau (Wan Junaidi) berkata, “PAS seperti ‘chameleon’ (sesumpah) kerana haiwan ini boleh bertukar warna mengikut keadaan persekitaran apabila sudah terdesak untuk menyelamatkan diri….sama seperti dalam situasi parti pembangkang ini.”

Ujar Mohammad Arifiriazul, “untuk pengetahuan Tuan Timbalan Speaker, PAS tidak pernah berubah pendirian dalam perjuangannya menegakkan Islam dan ajarannya yang meletakkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa asas kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam adalah didasarkan dalil-dalil jelas daripada Al-Qur’an dan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, baik di Mekah mahupun Madinah.

Katanya, kerjasama antara masyarakat Islam dan bukan Islam dalam pembinaan sebuah negara yang makmur dan adil jelas dapat dilihat melalui Perlembagaan Madinah yang ditandatangani dan dipersetujui oleh semua orang Islam, golongan musyrikin dan Yahudi di Madinah pada waktu tersebut.

“Janganlah kita hanya sibuk menyambut Maulid Nabi tetapi dalam masa yang sama buta dengan kisah di mana pada zaman awal dakwah

Nabi di Mekah, perjuangan Nabi dilindungi oleh beberapa pimpinan bukan Islam di sana.

“Kita juga perlu ingat bahawa ketika Nabi berhijrah ke Madinah, penunjuk jalan beliau dan Abu Bakar adalah seorang non-muslim. Kisah -kisah ini jelas menunjukkan keharusan bekerjasama dengan masyarakat non-muslim dalam menegakkan kebenaran dan keadilan,” terang beliau.

Beliau menjelaskan, sebenarnya bukan PAS tetapi Barisan Nasional (BN) lah yang bersifat seperti ‘chameleon’ atau ‘sumpah-sumpah’ yang boleh bertukar-tukar warna.

“Ketika memancing undi rakyat di hadapan kaum Cina, BN menuduh DAP ditunggangi PAS, manakala di hadapan pengundi Melayu, BN memfitnah PAS ditunggangi DAP,” ujar beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments