Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Khalid akui hadapi masalah selesai isu sampah

 | April 10, 2012

Kerajaan negeri yang mengambil alih tugas Alam Flora menerima 300 aduan daripada penduduk mengenai masalah pengurusan sampah.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui berdepan penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal sejak mengambil tugas berkenaan dari Alam Flora Sdn Bhd.

Menurutnya, kerajaan negeri yang  mengambil alih tugas Alam Flora sejak penghujung tahun menerima 300 aduan daripada penduduk mengenai masalah pengurusan sampah.

Walau bagaimanapun aduan itu kemudiannya dapat dikurangkan dengan hanya tujuh pada ketika ini.

Katanya, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk mengatasinya.

“Ahli majlis kena pantau dan tengok jalan dan longkang di PBT masing-masing dan kalau ada yang tidak elok segera ambil tindakan kerana ini tanggungjawab ahli majlis,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian surat lantikan kepada lebih 200 ahli majlis PBT petang tadi.

Geran RM 1 juta

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga memperuntukan geran RM500,000 sehingga RM 1 juta kepada PBT untuk membaiki jalan yang rosak.

Peruntukan itu tidak termasuk kos penyelenggaran longkang dan pengurusan kutipan sampah dan sisa pepejal.

“Kita kena kurangkan kelemahan dari segi pentadbiran, penyelewengan, rasuah dengan meningkatkan mutu pentadbiran kita.

“Setiap PBT terima geran. Kalau nak betulkan masalah tidak perlu jawatankuasa. Kerana organisasi PBT sudah ada dan mampu untuk melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata penilaian tiga bulan ke atas semua ahli majlis PBT sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments