Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Tengku Razaleigh akui ketokohan Mustapa Mohamed

April 11, 2012

"Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja tetapi ini kerja berpasukan...semua kena bekerjasama. "

KOTA BARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui Umno Kelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri itu terhadap Umno.

Beliau berkata Mustapa begitu komited dalam usahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan Umno.

“Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja tetapi ini kerja berpasukan…semua kena bekerjasama.

“Pilihan raya kali ini adalah sangat sengit dan peluang Umno Kelantan itu tetap ada,” katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan anggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporan yang menyebut beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti.

“Jangan tanya kesetiaan saya pada parti. Saya telah lebih 50 tahun dalam Umno. Laporan itu tidak betul dan tanyalah pada orang yang buat laporan itu.

Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerah untuk menang,” katanya.

Ketika sesi dialog, Tengku Razaleigh meminta semua pihak menghormati dirinya yang terus bersama Umno walaupun didesak oleh banyak pihak agar beliau keluar daripada parti itu.

-Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments