Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Khalid pertahan kedudukan Azmin, Tian Chua, Mariah

 | April 18, 2012

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua serta Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang didakwa mempersendakan raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara 11 April lalu.

Khalid berkata, beliau yang duduk hanya beberapa selang kerusi dan sebaris dengan Azmin semasa hari pertabalan itu tidak mendengar sebarang gurauan memperlekehkan pemimpin dan beberapa Raja Melayu seperti yang didakwa seorang pegawai perubatan Dr Rahman Kadir melalui laman sosialnya.

Malah semasa kejadian, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain turut duduk berdekatan dengan Ahli Parlimen Pembangkang, sekaligus menafikan gambaran ahli parlimen BN dan pembangkang duduk berasingan mengikut kumpulan.

“Ahli Parlimen BN-Sepang Datuk Ir Mohd Zin Mohamed duduk sebaris dengan Azmin, Dr Mariah yang dibelakang Azmin pula duduk bersebelahan Ahli Parlimen BN-Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman, manakala dibelakang saya Ahli Parlimen BN-Hulu Selangor P Kamalanathan dan Tian Chua duduk depan Azmin.

“Kalau betul dakwaan itu, sudah pasti Ahli Parlimen BN lain yang duduk bersama turut dengar dan tegur kami pada waktu itu, tapi tidak ada sebab, memang tak wujud dakwaan itu,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Katanya, dakwaan Rahman itu bohong dan mempertikaikan bagaimana beliau boleh mendengar perbualan sedemikian memandangkan jarak antara Azmin, Tian Chua, Mariah dan dirinya sangat jauh dengan saiz kerusi yang besar.

“Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri daripada doktor perubatan biasa kepada pakar bionik sampai telinga boleh dengar perbualan dalam jarak yang begitu jauh,” katanya sinis.

Sehubungan itu, beliau mempertikaikan kehadiran Rahman yang mendakwa hadir di majlis pertabalan dan duduk dihadapan ahli parlimen terbabit.

Kalau dia berani, minta dia sebutkan nombor berapa kedudukan kerusi dia…kalau salah maknanya dia bohong,” katanya.

Azmin dan Tian Chua kelmarin menafikan dakwaan terbabit, malah turut mempertikaikan kehadiran pegawai perubatan itu yang dikatakan bertugas pada hari tersebut namun duduk sebaris bersama pemimpin lain di Balairong Seri Istana dan mendengar perbualan sedemikian.

Sementara Mariah dalam responnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang mengaitkan dirinya terlibat mempersendakan raja Melayu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments