Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Noh: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang

April 19, 2012

Ini kerana janji pemansuhan pinjaman PTPTN oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar umpan kepada pelajar.

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlumengelak daripada menjadi kuda tunggangan pembangkang dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ini kerana katanya, kerana janji pemansuhan pinjaman PTPTN oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar umpan kepada pelajar bagi melaksanakan agenda mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Pembangkang kini beralih kepada penuntut IPT kerana sudah tiada pihak lain yang boleh diperalat. Kalau dulu semasa pilihan raya umum 2008, pembangkang menggunakan Hindraf, kini masyarakat India sudah kurang memberi sokongan, katanya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata demikian pada sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Mara di sini, pada program Pemimpin Turun Kampus Bersama Anak-anak Selangor malam tadi.

Beliau juga berkata pelajar tidak perlu melalak dan berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemansuhan PTPTN, sebaliknya belajar dengan tekun sehingga memperolehi kepujian kelas pertama sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

“Kalau melalak, berdemo di Dataran Merdeka macam mana nak dapat ‘First Class Honours’, kelas pun tak pergi sebab berdemo,” katanya.

Tambahan pula kata Noh, tidak banyak negara yang memberikan pendidikan percuma dan satu daripadanya ialah Norway, namun rakyat negara itu terpaksa membayar cukai yang tinggi.

Jika Malaysia memberikan pendidikan tinggi percuma, ini akan meningkatkan beban kerajaan untuk menambahkan subsidi bahan api, makanan dan keperluan asas yang berjumlah RM30 bilion setahun.

Beliau juga berkata pakatan pembangkang juga perlu membuktikan mereka mengamalkan konsep negara berkebajikan dengan memulakan langkah memberi pendidikan percuma kepada pelajar di Universiti Selangor kerana Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan terkaya di Malaysia.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments