Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Umno: Sukar di Rasah, mudah di Telok Kemang

 | April 20, 2012

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

PETALING JAYA: Umno Parlimen Rasah di Negeri Sembilan menghadapi masalah dalam  pilihan raya umum ke 13 kerana sikap pengundi Melayu termasuk ahli dan penyokong Umno tidak mahu menyokong BN.

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, “ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno.”

“Saya boleh kata, 100 peratus pegawai kerajaan yang bekerja di KLIA tetapi mengundi di Parlimen Rasah tidak menyokong Umno.

“Manakala pengundi muda pula apa yang kerajaan BN buat sekarang cuma buang masa, mereka mahu Pakatan Rakyat memerintah.

“Hanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang menyokong BN (Umno),” katanya yang juga ketua Umno Kampung Jiam.

Bagaimanapun, tambah Shukor, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Rasah dari DAP jika penyokong BN bersatu.

`Bencana berakhir’

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah orang Cina tidak mahu menyokong calon Melayu BN, walaupun mereka boleh menerima calon bukan Melayu.

Parlimen Rasah dimenangi Anthony Loke, ketua Pemuda DAP selepas mengalahkan calon BN Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

Dalam tinjauan di Parlimen Telok Kemang yang kini diwakili PKR, Umno menyatakan parti itu akan merampas semula kerusi berkenaan dalam PRU 13.

“Bencana 2008 akan berakhir,” kata seorang AJK yang tidak mahu nama disiarkan.

Pada 2008, Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas mengalahkan calon BN, Datuk S. Sothinathan dengan majoriti 2, 800 undi.

Menurut satu sumber, Tan Sri Isa Samad berkemungkinan besar akan dicalonkan bertanding di Parlimen tersebut dalam pilihan raya umum 13


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments