Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

30 NGO Melayu berkumpul bantah LGBT, pertahan akidah Islam

 | April 21, 2012

"Usaha individu tertentu untuk menghalalkan LGBT akan memusnahkan negara dan nilai agama."

PETALING JAYA: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengetuai 30 NGO Melayu  berhimpun di padang bola Stadium Pusat Sukan UPM di Serdang  membantah usaha untuk pihak tertentu menghalalkan LGBT di negara ini.

Presiden JMM, Azwan Din Hamzah yang mengetuai perhimpunan itu berkata, “kita mahu menerangkan kepada orang ramai siapa dalang di sebalik LGBT.

“Usaha individu tertentu untuk menghalalkan LGBT akan memusnahkan negara dan nilai agama.

“Kami mahu menghentikannya. Kami tidak bertolak ansur dengan akidah (orang Islam),” katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan tersebut yang diberi nama  perhimpunan aman anti seks bebas dan LGBT  bermula jam 3 petang  dan disertai ribuan orang termasuk mahasiswa.

Tidak babitkan orang politik

Bagaimanapun, tidak ada penyertaan orang politik kerana menurut Azwan Din, ia tidak perlu kerana ini adalah perhimpunan mempertahankan akidah.

Pada 4 November lalu,  polis mengharamkan semua aktiviti dalam penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadualkan pada 13 November.

Program tersebut bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang gay dan lesbian.

Polis turut menyiasat beberapa individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang dijadual merasmikan program itu pada 9 November ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments