Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

API kemuka 175,388 pengundi ragu kepada Istana

 | April 24, 2012

API dalam memorandumnya mengemukakan senarai nama terbabit kepada Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Pemalsuan Kad Pengenalan (API) hari ini bertindak menyerahkan 175,388 nama pengundi diragui kepada pihak Istana sebagai bukti wujudnya pemberian Mykad kepada warga asing untuk dijadikan pengundi berdaftar.

Pengerusi API Datuk Mahfuz Omar dalam memorandumnya mengemukakan senarai nama terbabit kepada Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja pagi tadi.

Katanya, Mykad pengundi terbabit mempunyai kod angka 71 (kelahiran luar negara) dan sama sekali tidak menunjukkan mereka berbangsa Melayu, Cina, India atau pun etnik lain.

Senarai nama itu merupakan bukti dalam empat tuntutan yang dikemukakan API kepada Majlis Raja-Raja, antaranya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat dakwaan wujudnya ‘task force’ khas yang dianggotai pegawai kerajaan yang memberikan Mykad kepada warga asing.

API turut mencadangkan Yang DiPertuan Agong melantik bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang mengetuai RCI berkenaan kerana kredibilitinya mengendalikan perbicaraan kes Pilihan Raya Sabah Dun Likas pada tahun 1999.

Rakyat asing


Muhammad Kamil dalam penghakimannya pada tahun 2001 mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Likas itu sebagai batal dan tidak sah setelah mendapati kewujudan pengundi hantu dalam daftar pemilih bagi kawasan itu termasuk rakyat asing, telah mengundi di situ.

“Keberaniannya mengendalikan kes dengan adil walaupun membabitkan kepentingan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee mewakili Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat dikagumi,” katanya.

Selain itu, API yang mengemukakan sembilan nama pegawai kerajaan yang dipercayai terlibat dalam task force itu menuntut kesemua mereka digantung tugas sehingga selesai RCI.

Antaranya Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Pihak kami juga memohon supaya Majlis Raja-Raja tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga RCI selesai siasatan dan ambil tindakan yang perlu bagi membanteras pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Beliau berkata pihaknya optimis Seri Paduka dan Majlis Raja-Raja dapat melihat dakwaan ini secara serius sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum 13 (RPU13) kerana membabitkan masa depan negara.

Turut hadir menyerahkan memorandum itu adalah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut baca:

PAS akan sokong orang gila ketuai Bersih 3.0


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments