Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS akan sokong orang gila ketuai Bersih 3.0

 | April 24, 2012

"Sesiapa pun pengerusinya kita tetap akan sokong kerana orang gila pun lebih waras daripada orang yang tidak gila," tegas Mahfuz Omar.

KUALA LUMPUR: PAS tetap menyokong sesiapa sahaja termasuk orang gila mengetuai Bersih 3.0 jika individu itu komited berjuang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Demikian respon Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang mempertikaikan kredibiliti Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.

“Sesiapa pun pengerusinya hatta orang gila sekalipun walau pun dia baru keluar dari hospital sakit jiwa kalau dia nak tuntut pilihan raya adil dan bersih kita tetap akan sokong kerana orang gila pun lebih waras daripada orang yang tidak gila.

“Bagi PAS kita sudah pun nyatakan sokongan,” katanya kepada pemberita diluar perkarangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, semua pihak perlu faham Bersih dianggotai gabungan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO), dan PAS sebagai parti politik hanya menyokong dan membantu menggembleng tenaga bagi memastikan matlamat itu tercapai.

“Ini isu menuntut pilihan raya yang bersih,” katanya yang menganggap dakwaan Nasharuddin itu hanya sebagai satu pandangan peribadi.

Nasharuddin dalam satu program wacana anti-Lesbian Gay Biseksual Transeksual (LGBT) Ahad lalu berkata PAS sepatutnya memimpin dan mengetuai Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini, bukannya Ambiga.

Ahli Parlimen Bachok itu berpendapat Ambiga tidak layak mengetuai pergerakan itu kerana meyokong perjuangan LGBT.

Sementara itu, anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam dalam responnya berkata keputusan untuk memilih Ambiga itu dipersetujui oleh kesemua 84 pertubuhan NGO.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments